Saturday, February 20, 2010

Arakian 7

Awal pagi aku dikejutkan dengan deringan handphone. Menyumpah seranah juga aku disebabkan tidur yang terganggu. Terasa rugi pagi Sabtuku. Meski demikian, deringan tercela itu tetap di jawab sehabis ramah oleh ku. Rupanya Aen Ldk ( Living Dead Kiss) yang menelefon bertanya khabar. Lama juga aku tak berjumpa mamat ni. Living Dead Kiss sendiri pun sudah menjadi antara nama besar di arena metalcore. Pernah dulu Fariq Ldk meminta aku mengambil alih posis vokal Ldk menggantikan tempat Amy yang terjun ke posisi drum, tetapi aku menolak. Entahlah, hati aku masih tetap dengan genre metal.
Selepas seketika, Aen mengakhiri perbualan dengan janji untuk minum bersama pada malam esoknya. Setelah ditinggalkan berseorangan, aku mengambil keputusan untuk menceriakan hari pagi didunia realiti ku dengan sebatang rokok.
Sambil merokok pandanganku terfokus kearah teman tidurku. Suatu pemandangan yang menerbitkan panorama keindahan. Ianya membuatkan aku hilang pertimbangan. Aku mencucuh rokok kedalam bekas abu yang sudah separuh penuh. Memastikan rokok sudah dipadam sepenuhnya. Dengan senyuman yang meleret aku membaringkan kepala diatas teman tidurku. Ternyata memang bantal ini menenangkan mataku. Pandanganku semkain gelap sehingga akhirnya aku kembali tak sedar apa.Aku memerlukan rehat yang secukupnya sebagai persiapan untuk peperangan malam ini. Tanpa rehat yang mencukupi, kemungkinan besar aku akan kecundangan. Aku harus pastikan itu tidak berlaku. Rehatku harus cukup. ZzZzzz




Born82

3 comments:

  1. Kecundangan? Semestinya bro. Bila la agaknya nak berbau balik kemenangan aku nih. Harap jangan lebih dari 7 hari tak berbau langsung sudah.

    ReplyDelete
  2. ehehe.. akhirnya berjaya juga yer abg joy..

    ReplyDelete