Saturday, February 20, 2010

Arakian 6

Petang semalam selepas solat Jumaat, aku dengan Zool singgah di Rahim untuk menghilangkan haus tekak. Hari yang terik seminggu dua ni membuatkan aku semakin tak sabar untuk menghirup air sirap yang telah diorder. Sambil meneguk, sambil berbicara, sambil menghembuskan asap. Memang membuahkan kenikmatan.Sebenarnya Zool telah terlewat untuk kembali bertugas tapi dia buat 'derk' je. Malahan makin rancak dia berbicara sehinggalah orang ofis dia telefon, khuatirkan si Zool tertidur. En Zool kita pun mula arr mengarang skrip. Lokasi pilihan semestinya kedai motor. Motor rosak pula menjadi senario persembahan. Tak pasti aku teman ofis Zool percaya atau tidak. Mungkin dia percaya, mungkin dia tahu Zool tengah 'auta'.Apapun dalam kesempatan yang terhad itu, Zool sempat memberitahu yang dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 20/03/10. Aku mewakili kawan-kawan mengucapkan tahniah kepada En Zool. Kami tumpang gembira. Tapi mungkin aku ada terasa sedikit sedih memandangkan makin sukar untuk bertemu Zool selepas ini.Semoga nama Zolraya tidak tenggelam selamanya.Sebelah malamnya pula, sewaktu aku sedang melauk Tutek sepuas puasnya, aku menerima panggilan dari Ali. Dia sudah selamat bernikah. 3 kali lafaz. Takder la dahsyat sangat, Odoy pun sekali lafaz jer. Tapi menurut Ali, tok kadi tu yang salah. Dengar cerita Ali tu, aku mampu senyum jer la. Kesian tok kadi tu. Tak pasal pasal jer. Apapun tahniah aku ucapkan kepada Ali dan Rose. Tak sabar nak tunggu majlis di Ipoh. Ehehe. Aku dan Ali ni sudah lama berkawan. Dari zaman Mobil ke zaman burger, dari zaman lari daripada rumah ke zaman menyorok dalam tandasTop Power. Berbagai peristiwa telah kami hadapi bersama. Bermacam macam telah kami kongsi. Tetapi kali ini aku tidak dapat turut bersama Ali. ( Yerla, kalau aku mintak kongsi kang, mau kena tumbuk aku ). Aku doakan yang terbaik geng. Siapa sangka low life macam kita pun boleh berumahtangga. Err kamu la, aku belum lagi. Aku masih tak puas melauk Nan ngan Tutek nih. Rasakan.



Born82

4 comments:

  1. Hehehe.. sebenarnya orang dekat nak kawin ni banyak stress. Tu la yang ko tengok dengan karenah si zool tuh.

    Cite pasal ali plak, tahniah je aku mampu ucapkan. 3 Kali ek? Kalau lebih dari tu dah sah memang kena amik air sembahyang tuh..

    ReplyDelete
  2. tq, aku masih dibawah keadaan stress. Ngeh3.. Nanti aku bagi kad kat semua. Sabaq no

    ReplyDelete