Saturday, February 20, 2010

Arakian 7

Awal pagi aku dikejutkan dengan deringan handphone. Menyumpah seranah juga aku disebabkan tidur yang terganggu. Terasa rugi pagi Sabtuku. Meski demikian, deringan tercela itu tetap di jawab sehabis ramah oleh ku. Rupanya Aen Ldk ( Living Dead Kiss) yang menelefon bertanya khabar. Lama juga aku tak berjumpa mamat ni. Living Dead Kiss sendiri pun sudah menjadi antara nama besar di arena metalcore. Pernah dulu Fariq Ldk meminta aku mengambil alih posis vokal Ldk menggantikan tempat Amy yang terjun ke posisi drum, tetapi aku menolak. Entahlah, hati aku masih tetap dengan genre metal.
Selepas seketika, Aen mengakhiri perbualan dengan janji untuk minum bersama pada malam esoknya. Setelah ditinggalkan berseorangan, aku mengambil keputusan untuk menceriakan hari pagi didunia realiti ku dengan sebatang rokok.
Sambil merokok pandanganku terfokus kearah teman tidurku. Suatu pemandangan yang menerbitkan panorama keindahan. Ianya membuatkan aku hilang pertimbangan. Aku mencucuh rokok kedalam bekas abu yang sudah separuh penuh. Memastikan rokok sudah dipadam sepenuhnya. Dengan senyuman yang meleret aku membaringkan kepala diatas teman tidurku. Ternyata memang bantal ini menenangkan mataku. Pandanganku semkain gelap sehingga akhirnya aku kembali tak sedar apa.Aku memerlukan rehat yang secukupnya sebagai persiapan untuk peperangan malam ini. Tanpa rehat yang mencukupi, kemungkinan besar aku akan kecundangan. Aku harus pastikan itu tidak berlaku. Rehatku harus cukup. ZzZzzz




Born82

Arakian 6

Petang semalam selepas solat Jumaat, aku dengan Zool singgah di Rahim untuk menghilangkan haus tekak. Hari yang terik seminggu dua ni membuatkan aku semakin tak sabar untuk menghirup air sirap yang telah diorder. Sambil meneguk, sambil berbicara, sambil menghembuskan asap. Memang membuahkan kenikmatan.Sebenarnya Zool telah terlewat untuk kembali bertugas tapi dia buat 'derk' je. Malahan makin rancak dia berbicara sehinggalah orang ofis dia telefon, khuatirkan si Zool tertidur. En Zool kita pun mula arr mengarang skrip. Lokasi pilihan semestinya kedai motor. Motor rosak pula menjadi senario persembahan. Tak pasti aku teman ofis Zool percaya atau tidak. Mungkin dia percaya, mungkin dia tahu Zool tengah 'auta'.Apapun dalam kesempatan yang terhad itu, Zool sempat memberitahu yang dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 20/03/10. Aku mewakili kawan-kawan mengucapkan tahniah kepada En Zool. Kami tumpang gembira. Tapi mungkin aku ada terasa sedikit sedih memandangkan makin sukar untuk bertemu Zool selepas ini.Semoga nama Zolraya tidak tenggelam selamanya.Sebelah malamnya pula, sewaktu aku sedang melauk Tutek sepuas puasnya, aku menerima panggilan dari Ali. Dia sudah selamat bernikah. 3 kali lafaz. Takder la dahsyat sangat, Odoy pun sekali lafaz jer. Tapi menurut Ali, tok kadi tu yang salah. Dengar cerita Ali tu, aku mampu senyum jer la. Kesian tok kadi tu. Tak pasal pasal jer. Apapun tahniah aku ucapkan kepada Ali dan Rose. Tak sabar nak tunggu majlis di Ipoh. Ehehe. Aku dan Ali ni sudah lama berkawan. Dari zaman Mobil ke zaman burger, dari zaman lari daripada rumah ke zaman menyorok dalam tandasTop Power. Berbagai peristiwa telah kami hadapi bersama. Bermacam macam telah kami kongsi. Tetapi kali ini aku tidak dapat turut bersama Ali. ( Yerla, kalau aku mintak kongsi kang, mau kena tumbuk aku ). Aku doakan yang terbaik geng. Siapa sangka low life macam kita pun boleh berumahtangga. Err kamu la, aku belum lagi. Aku masih tak puas melauk Nan ngan Tutek nih. Rasakan.



Born82

Tuesday, February 16, 2010

Arakian 5

Hari ke4 dan terakhir menjadi penjaga. Sesungguhnya aku dah bosan. Terlintas difikiran sempitku, perihal diri aku ni. Aku terasa aku ada isu dengan komitmen. Bukan komitmen dengan wanita atau keluarga tetapi lebih kepada komitmen terhadap kerjaya. Aku agak sukar untuk melekat dengan rutin-rutin harian yang 'punctual' ni. Ke perasaan aku jer, ke silkhannas dah memainkan peranan.. Lantak !!
Waktu aku sampai Magic tadi, aku tengok motor Lan Penyu tersergam indah di tempat yang sama diletaknya semalam. Terfikir gak aku, mamat ni lepak dari petang semalam ker? Memang layak betul jadi skuad pelapis Usin Tiger ( sorry Usin, memain jer ). Sangkaan aku jauh meleset bilamana Arip beritahu aku Lan tiada dalam cyber. Ha sudah.. lagi terrer mamat Lan nih. Tapi mungkin dia ada hal. Sebab nak kata dia balik rumah terlupa bawak motor rasanya tak logik la pula. Dia keluar dengan kawan dia la tu.
Nan ngan Usin sudah pergi berkhidmat. Kali ni mereka disertai Bobo. Terkejut aku En. Bobo boleh bangun seawal ini. Mungkin esok salji turun kat Ipoh kut. Yay.. yay..
Cybercafe sudah mula dipenuhi warga kanak kanak. Muka yang sama , pe'el yang sama, wang kertas jer yang berubah. Jemu pun ada menatap wajah diorang.
Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, sebelum aku terpaksa mendengar bunyi yang membunuh seperti roro~rororo~ bad~romance , baik aku keluar sedut rokok. Mudah-mudahan dengan tenaga itu aku dapat bertahan.



Born82

Monday, February 15, 2010

Arakian 4

Hari ketiga dan sepatutnya hari terakhir aku sebagai cyber guardian. Hari ni terpaksa buat overtime memandangkan Nan tolong Big sampai pukul 5 jadinya secara tak langsung aku terpaksa tunggu Nan. Tapi okla, Nan punya pasal aku takder hal. Dia banyak tolong aku. Lagipun aku dapat buat duit lebih.
Kemudian Arip bukak cerita, esok masih tiada pengganti. Kesimpulannya hari aku sebagai cyber guardian dilanjutkan sehari lagi. Masih tidak mengapa. Masih dapat buat duit lebih.
Cuma yang aku tak tahan karenah budak-budak yang pasang lagu sekuat mungkin ni. Nak kata pekak takkan semua kut. Dah la lagu yang sama berulang kali. Boleh jadi biol aku kalau hari-hari begini. Tak habis-habis dengar lagu Lady Gaga yang roro~ rororo~ bla bla bla~ bad~ romance. Aku rasa kalau lagi seminggu aku dengar lagu nih, mau muka aku bertukar jadi muka Lady Gaga tu. Arghhh.. Mencabar tahap kesabaran oww kerja nih.



Born82

Reminiscence Part 2

The one who breath the fire. Forever dwell in chaos. We summon you ' Naga Kalut'.
With Amir 'auto counter' Daud.


Sunday, February 14, 2010

Mother

Mother
Tell your children not to walk my way
Tell your children not to hear my words
What they mean , what they say
Mother

Mother
Can you keep them in the dark for life
Can you hide them from the waiting world
Oh Mother

Mother
Tell your children not to hold my hand
Tell your children not to understand



Glenn Danzig

Arakian 3

Hari kedua aku menjadi cyber guardian nih. Dengan sengaja aku terlewat tiba. Aku tengok motor Usin Tiger ada lagi. Perghh memang dasat. Serius aku tabik mamat nih. Semalam tak tidor terus berniaga burger, abis niaga burger kemudian sambung balik Dota. Tapi aku mengerti, setiap orang mencari escapism dengan cara masing masing. Sebenarnya pada pandangan aku Usin ni satu individu yang agak unik. Cukup disitu perihal Usin. Aku tak mahu la promote dia lebih lebih pasal ini blog aku. Bukan dia ada bayar aku pun.
Hari ni En Ali sudah kembali ke Kuala Lumpur. Dewasa ni makin susah nak jumpa En Ali. Faktor kerjaya beb ! Bagai yang di perkatakan Si Jay jay ' Setiap orang terpaksa mencari haluan masing masing, Setidaknya apabila berjumpa kembali selepas sekian lama layanlah sebaik mungkin'. Cuma aku nak tambah sikit jer ' Disamping melayan sebaik mungkin , kita kasi dia mimpi ngeri segerun mungkin'.
Kalau tiada aral melintang, En Ali akan melangsungkan perkahwinannya 27 haribulan 2 ni. Kalau tak silap aku ar. Sudah sampai seru rumahtangga dia. Apapun semoga berbahagia chor. Memang puas dapat melauk dia.



Born82

Reminiscence Part 1

There was a time when we care. There was a time when we care less. There was a time when we dont care. And those time were the best. With Bote, Aen and Piah.





Saturday, February 13, 2010

Arakian 2

Sekian lama aku tak melihat suria pagi, akhirnya hari ini aku terpaksa bertemu dengan cik matahari. Mata aku terlalu berat rasanya, tetapi memandangkan aku sudah berjanji untuk membantu Arip menjaga cc, terpaksala aku menggagahkan diriku menentang nafsu.
Oleh kerana rokok itu telah menjadi sebahagian dari aku, sebelum ke cc aku ke kedai cari rokok ngan air bungkus dulu. Ala, setakat lewat 5-6 minit Arip mesti leh tunggu.
Sampai kat magic aku tengok motor Usin Tiger ada lagi. Mamat ni memang dasat! Dasar makhluk yang tak reti nak tidur. Aku hisap sebatang rokok sementara Arip kira closing shift. Terima kasih banyak kepada En Arip Zaki kerana sudi mengajar aku. Bermulalah kerja aku sebagai seorang Cyber Guardian.
Hari pertama ni Zool ngan Usin kenakan aku baik punye. Zool ni lagi sorang, dari semalam kata nak balik Taiping tetapi sehingga ke saat aku mengarang blog nih dia masih Dota. Sungguh kronik mamat itu. Tetapi mujur ada diorang, takder la aku mengantuk sangat. Moga diorang lepak sampai petang. Dan semoga masa cepat berlalu agar aku dapat menebus waktu beradu.




Born82

Thursday, February 11, 2010

Times stood still

Boredom. My companion, my shadow. I have to admit that I'm getting tired with my life routine. Once, I must say I enjoy every moment of my life. Waking up late in the afternoon ( at that time I thought the sunshine might burn me to dust ), hanging with the guys and doing everything our lustful heart told ( mostly it was childish stuff ).
But afters years of roaming the night, creeping and measuring the same street days after days, I'm starting to lose intrest with my lifestyle. I knew there were some of the new generation who looked up to us and our lifestyle. But hey, try doing the same useless thing everyday for several years and I'm preety sure you'll get a visit from Mr. Boredom.
Boredness and emptiness have struck me and this time, it's hurt really bad. Perhaps the ageing process have change the way i think and the way I act. Or maybe I'm feeling empty because my mind was trapped in the glorious old days while my body move forward to the gloomy future.



Born82

Wednesday, February 10, 2010

Arakian

Disebabkan petang tadi tak jadi main bola, kitorang buat keputusan lepak minum di dewan Sungai Rokam.
Tempatnya agak sunyi ( biasa arr, kampung ) , 1-2 gerai je yang buka. Kebanyakan pengunjung pun kategori orang-orang lama. Old timer beb. Ada gak geng-geng belia yang lepak situ, tapi tak banyak arr. Muka yang sama jer.. termasuk la kami.
Ntah-ntah makcik kedai tu pun dah bosan tengok muka kitorang. Nak buat camna, salah dia.. sape suruh dia jual air kelapa gelas besar Rm 1.50.
Masa aku sampai sana, Poi, Bo ngan Joko dah duduk order air. Mamat Joko ni rare sikit nak jumpa. Dia orang Tapah, kawan baik si Bobo time belajar kolej dulu. Joko ni bahaya gak owww.. kaki drop gak.. so beware, jangan kasi point.
Topik pembuka bicara semestinya Dota malam sebelumnya. Sesi imbau kembali tragedi - tragedi. Siapa tak kill, siapa tak menang.
Abang Joy sampai lewat kemudian. Terasa aura baby barunya ( gratz on your new born daughter bro ) Mungkin sebab aura baby tu jugalah Joy nekad nak berhenti merokok.
Seterusnya topik kitorang terus menjurus ke arah bab yang aku selalunya tak ambil kisah, tapi kadang kadang tu terfikir juga. Apa lagi kalau bukan bab soulmate. Geng sebaya aku ramai dah yang settle down, paling tidak pun diorang dah ada girlfriend. Yang aku ni, umur dah nak season tapi habuk pun takde. Aku petik kata Poi " aku kalau baya kamu takder awek, aku dah risau " Aku mampu sengih jer la. Dah aku memang tak reti nak cari awek. Malas nak fikir.
Sembang lebih kurang, Maghrib dah masuk, kitorang pun bawa haluan masing- masing arr.. Semua orang ada cerita dia sendiri, yang penting malam nanti Dota. Lauk En. Tutek cukup cukup.


Born82

Monday, February 8, 2010

Dew Drops

All of a sudden I'm thinking about writing. Not sure where this urge comes from. In fact, I'm not even sure what to write. Probably I'm doing this to clear my head and ease my mind. Perhaps I need to let go some of my so called burden. Anyway here I am.


Born 82