Monday, October 5, 2015

Arakian 16

Perghh setelah setahun lebih tak berblog...
Macam- macam yang telah berlaku dalam tempoh setahun ni. Antaranya, aku telah menjadi manusia.. Mungkin manusia yang tak cukup sifat tetapi aku telah hampir menjadi manusia impian ibu dan ayah ku. Hahaha.

I hate it ... I hate itttt...

Err.. aku takleh lama.. kena kerja balik ... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Thursday, January 30, 2014

Arakian 15

Khamis 30 / 1 / 2014
Jam : Lebih kurang 2.30 petang
Lokasi : Mamak dekat medan gopeng.
Mood : Angin satu badan.... ke aku sedang jeles??

Kisahnya :

   Aku yang baru sahaja pulang dari pekan bergegas dengan sederhana laju masuk ke restoran mamak medan gopeng. Sangkaku pasti sudah lama Aen menunggu dan pasti akan terhambur kata kata kesat yang akan menyakitkan telinga mahupun hati. Tetapi seperti kebiasaannya , aku yang menghamburkan kata kata kesat itu kerana Aen masih belum datang. Cilakak.

   10 minit kemudian, Aen masih belum tiba dan teh ais yang ku order sudah pun tinggal separuh. Sambil menghembuskan asap rokok, aku memerhatikan satu couple yang duduk berhampiran aku. Hasil dari pengamatan aku ternyata mereka tidak sepadan. Awek punyala lawa ( macam artis ) tetapi balak punyala selekeh ( macam aku ). Apa ayat yang balak tu pakai pun ntah..

   25 minit berlalu, Aen masih tidak memunculkan diri nya dan sirap aku pula sudah tinggal separuh. Sewaktu aku sedang menyalakan rokok terdengar jeritan keseronokan awek tadi. Aku pun dengan pantas cuba merapatkan telinga. Oh rupanya hari ini birthday awek tu dan balak dia telah menghadiahkan nya sebuah Proton yang aku sendiri kurang jelas ( tak begitu dengar ). Tapi memang gila ahh. Aku pun terasa nak menjerit. Patut la boleh sangkut, mamat tu ada duit. Cilakakkkkk

   40 minit lagi, Aen masih tak nampak batang hidungnya dan teh ais serta sirapku sudah habis. Makin hangin badan aku hari ini tetapi apa boleh aku buat. Nak marah Aen? dia takde pun depan mata aku ni....... Nak marah couple tu?? atas alasan apa?? balak dia kasi hadiah kereta?? pasal apa awek tu lekat dengan balak dia??? .....argggggggggghh!!! aku hanya mampu mengeluh. Lalu aku menyimpan rokokku kedalam poket dan terus ke kaunter. Lantak Aen la kalau dia datang aku dah balik, malas aku nak tunggu dia lama lama. Kasi dia panas pulak dengan aku.. Hahahah...

   Tetapi apabila aku bertanya harga minuman tadi dikaunter pembayaran, sekali lagi badan ku berangin. Sejak bila sirap dan teh ais sama hargaaaaaaaaaa????
   
 


Saturday, November 9, 2013

Arakian 14

Hujan yang turun membuatkan aku teringat tentang blog aku ( bukan tentang awek arr ). Memandangkan aku di cyber lantas terus kubuka blog aku.. Heheh..

Punya la banyak yang harus diupdate membuatkan rasa malas kembali mengunjungi aku.. Disebabkan tak mahu rasa malas itu berlegar disekitar aku, keputusan yang nekad harus diambil. Maka blog aku pun ditutup kembali.. Heheheh

Nanti2 la aku update..

Friday, July 13, 2012

??

Lama tak menulis... hahahaha

Monday, April 25, 2011

Arakian 13

Deii.... kembali setelah berbulan menyepi. (Walaupun tiada yang peduli blog ini wujud atau tidak, aku tetap mahu menulis memandangkan rasa bosan kembali berkunjung.)
Menghilangkan diri bukan kerana kecewa dengan hidup. Menghilang diri tidak juga untuk bertapa memantapkan lagi nahu bahasa. Sebaliknya berehat seketika dari area blog semata untuk memberikan sepenuh tumpuan untuk dunia khayal aku. Dunia fantasi aku.. Dunia game..

Umur dah lanjut tetapi masih juga melekat dengan game komputer ?? Lawak ??
Hoh !! ternyata anda belum merasa penangan game lagi ...

Sebagaimana resamnya seorang Mat Jiwang yang sukar berpisah dari Minah Jiwang.
Sebagaimana resamnya seorang Kaki Bola yang sukar berpisah dari Espn atau Stadium Astro.
Sebagaimana resamnya seorang Lelaki Facebook melekat dengan Zynga Poker.
Sebagaimana resamnya seorang Minah Facebook yang tidak sudah-sudah mengupdate gambar.
Sebagaimana resamnya seorang Mat Metal yang tidak berenggang dengan Slayer.
Sebagaimana resamnya seorang Mat Dangdut yang tidak sabar menunggu malam untuk berdangdut..

Banyak lagi rumusan Mat dan Minah yang boleh diberi , tetapi jari- jemari aku sudah mulai keletihan...

Kesimpulannya, ada sahaja benda yang melalaikan kita.
Selalunya kita tidak sedar dan mula menunding jari menilai yang lain.

Deii.. sama-sama tak berfaedah ...









Born82

Thursday, October 7, 2010

Arakian 12

Entri kali ini adalah berkisar sekitar majlis makan yang diadakan oleh kami, gelandangan - gelandangan Ipoh Jaya. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi En Ngka ataupun En Iznan. BAGAIMANAPUN, anda sudah terlewat. Jamuan tersebut telah dilangsungkan beberapa minggu lepas. Kesian.

Lokasi yang menjadi pilihan semestinya dipinggir longkang dihadapan Magic. Menu asal yang dicadangkan yakni ayam panggang terpaksa ditukar disaat - saat akhir memandangkan pengurusan masa yang tidak seimbang. Lalu ayam goreng KFC lah yang menjadi juadah pilihan.
Aku , Nan , Arip dan Pisang menjadi lelaki yang terpilih untuk mendapatkan bekalan makanan.


Jam yang menunjukkan waktu 1 a.m adalah penanda permulaan jamuan makan yang bersenario indah kami. Ternyata perut yang berkeroncong kelaparan akan menyebabkan tahap moraliti insan menurun. Terlihat jelas kerakusan peserta- peserta jamuan. Bau harum ayam KFC berjaya membuatkan mereka terlupa bau hapak longkang dan saliran parit yang tersumbat.


Bagaimanapun majlis kali ini disertai 16 orang sahaja. Mengenangkan mereka yang tidak dapat hadir, sedikit sebanyak mengurangkan seri.. Diharap jamuan makan yang seterusnya diadakan dalam masa yang sesuai agar dapat menghimpunkan kembali anggota -anggota ahli yang sudah lama tidak ditemui.


Apabila kelaparan menguasai, kerakusan akan mengambilalih dan disitu hilanglah tahap moraliti. Lihatlah contoh di atas.
(Eh pelik gak kan. Balik -balik gambar diorang ni bertiga. Ada apa apa ke woi? )










Born82

Thursday, September 16, 2010

Lucifer Over London

Sewaktu aku membeli album Rotting Christ yang berjudul Khronos beberapa tahun dahulu, lagu Lucifer Over London inilah yang mula - mula sekali menarik pendengaran aku. Walaupun keseluruhan album tersebut agak lari dari konsep asal Rotting Christ, vokal En Sakis sewaktu meneran bait ' lucifer' memang menarik minat aku. Susunan muzik untuk lagu Lucifer Over London diterima mudah telinga tuli aku.
Seterusnya aku cuba memahami lirik durjana lagu tersebut dan sewaktu itulah aku menyedari hakikat Lucifer Over London bukanlah karya asal Rotting Christ sebaliknya ia adalah hak milik kumpulan yang sering bertukar anggota iaitu Current 93. Lucifer Over London merupakan lagu yang menjadi judul ep mereka sekitar tahun 1994.
Bagaimanapun Lucifer Over London yang didendangkan oleh Current 93 memberikan atmosfera yang berbeza. Walaupun ianya tidaklah ekstrem tetapi ia belum tentu memenuhi selera manusia normal. Current 93 memberi keseraman yang jauh berbeza. Bagi aku yang bebal ini, agak sukar untuk aku menafsirkan genre muzik mereka. Eksperimental gothic ke? folk ke? brutal dangdut ke? jazz ker?? entahlah.




COVER ALBUM CURRENT 93




COVER ALBUM ROTTING CHRIST

Lucifer Over London versi Rotting Christ dan Current93 memang mempunyai pembawaan yang tersendiri. Pada pendapat aku Rotting Christ
telah berjaya memainkan semula lagu tersebut dengan garapan dan sentuhan melodi yang baru. Lucifer Over London adalah antara cover song yang terbaik dari Rotting Christ. Aku juga bersetuju dengan pendapat En. zerthimon yang mana beliau mengatakan " Epic cover. They could have easily used different lyrics and pass it as their own song. TBH the main riff alone would easily justify that".

Apapun kalian dengarkan sendiri.