Thursday, January 30, 2014

Arakian 15

Khamis 30 / 1 / 2014
Jam : Lebih kurang 2.30 petang
Lokasi : Mamak dekat medan gopeng.
Mood : Angin satu badan.... ke aku sedang jeles??

Kisahnya :

   Aku yang baru sahaja pulang dari pekan bergegas dengan sederhana laju masuk ke restoran mamak medan gopeng. Sangkaku pasti sudah lama Aen menunggu dan pasti akan terhambur kata kata kesat yang akan menyakitkan telinga mahupun hati. Tetapi seperti kebiasaannya , aku yang menghamburkan kata kata kesat itu kerana Aen masih belum datang. Cilakak.

   10 minit kemudian, Aen masih belum tiba dan teh ais yang ku order sudah pun tinggal separuh. Sambil menghembuskan asap rokok, aku memerhatikan satu couple yang duduk berhampiran aku. Hasil dari pengamatan aku ternyata mereka tidak sepadan. Awek punyala lawa ( macam artis ) tetapi balak punyala selekeh ( macam aku ). Apa ayat yang balak tu pakai pun ntah..

   25 minit berlalu, Aen masih tidak memunculkan diri nya dan sirap aku pula sudah tinggal separuh. Sewaktu aku sedang menyalakan rokok terdengar jeritan keseronokan awek tadi. Aku pun dengan pantas cuba merapatkan telinga. Oh rupanya hari ini birthday awek tu dan balak dia telah menghadiahkan nya sebuah Proton yang aku sendiri kurang jelas ( tak begitu dengar ). Tapi memang gila ahh. Aku pun terasa nak menjerit. Patut la boleh sangkut, mamat tu ada duit. Cilakakkkkk

   40 minit lagi, Aen masih tak nampak batang hidungnya dan teh ais serta sirapku sudah habis. Makin hangin badan aku hari ini tetapi apa boleh aku buat. Nak marah Aen? dia takde pun depan mata aku ni....... Nak marah couple tu?? atas alasan apa?? balak dia kasi hadiah kereta?? pasal apa awek tu lekat dengan balak dia??? .....argggggggggghh!!! aku hanya mampu mengeluh. Lalu aku menyimpan rokokku kedalam poket dan terus ke kaunter. Lantak Aen la kalau dia datang aku dah balik, malas aku nak tunggu dia lama lama. Kasi dia panas pulak dengan aku.. Hahahah...

   Tetapi apabila aku bertanya harga minuman tadi dikaunter pembayaran, sekali lagi badan ku berangin. Sejak bila sirap dan teh ais sama hargaaaaaaaaaa????
   
 


No comments:

Post a Comment