Thursday, September 16, 2010

Lucifer Over London

Sewaktu aku membeli album Rotting Christ yang berjudul Khronos beberapa tahun dahulu, lagu Lucifer Over London inilah yang mula - mula sekali menarik pendengaran aku. Walaupun keseluruhan album tersebut agak lari dari konsep asal Rotting Christ, vokal En Sakis sewaktu meneran bait ' lucifer' memang menarik minat aku. Susunan muzik untuk lagu Lucifer Over London diterima mudah telinga tuli aku.
Seterusnya aku cuba memahami lirik durjana lagu tersebut dan sewaktu itulah aku menyedari hakikat Lucifer Over London bukanlah karya asal Rotting Christ sebaliknya ia adalah hak milik kumpulan yang sering bertukar anggota iaitu Current 93. Lucifer Over London merupakan lagu yang menjadi judul ep mereka sekitar tahun 1994.
Bagaimanapun Lucifer Over London yang didendangkan oleh Current 93 memberikan atmosfera yang berbeza. Walaupun ianya tidaklah ekstrem tetapi ia belum tentu memenuhi selera manusia normal. Current 93 memberi keseraman yang jauh berbeza. Bagi aku yang bebal ini, agak sukar untuk aku menafsirkan genre muzik mereka. Eksperimental gothic ke? folk ke? brutal dangdut ke? jazz ker?? entahlah.




COVER ALBUM CURRENT 93




COVER ALBUM ROTTING CHRIST

Lucifer Over London versi Rotting Christ dan Current93 memang mempunyai pembawaan yang tersendiri. Pada pendapat aku Rotting Christ
telah berjaya memainkan semula lagu tersebut dengan garapan dan sentuhan melodi yang baru. Lucifer Over London adalah antara cover song yang terbaik dari Rotting Christ. Aku juga bersetuju dengan pendapat En. zerthimon yang mana beliau mengatakan " Epic cover. They could have easily used different lyrics and pass it as their own song. TBH the main riff alone would easily justify that".

Apapun kalian dengarkan sendiri.