Monday, May 31, 2010

Until The Light Takes Us

Sehingga kita di ambil cahaya?
Perghh tajuknya sahaja sudah membuatkan aku teruja. Until the light takes us (utltu) merupakan sebuah dokumentari mengenai senario awal perkembangan muzik logam hitam di Norway. Dokumentari yang mencetuskan kontroversi ini diarahkan oleh Aaron Aites dan Audry Ewell. Mungkin agak lewat untuk aku memberi komen berkenaan video ini memandangkan ianya diriliskan pada tahun 2008.

Until The Light Takes Us turut menyelitkan temubual ekslusif bersama Fenriz dari Dark Throne dan Varg Vikernes dari Burzum. Sesi temubual Varg Vikernes dijalankan dari masa Varg masih meringkuk di dalam penjara sehinggalah ke tarikh dia dibebaskan. Kebanyakkan temubual dengan Varg ini lebih menjurus kearah punca Varg membunuh Euronymous dari band Mayhem dan tragedi - tragedi pembakaran gereja di Norway. Banyak juga fakta- fakta menarik yang terdapat didalam video ini.


Amaran
Video dokumentari ini tidak sesuai untuk semua golongan. Diharap pembaca dapat menilai.





Born82