Saturday, February 13, 2010

Arakian 2

Sekian lama aku tak melihat suria pagi, akhirnya hari ini aku terpaksa bertemu dengan cik matahari. Mata aku terlalu berat rasanya, tetapi memandangkan aku sudah berjanji untuk membantu Arip menjaga cc, terpaksala aku menggagahkan diriku menentang nafsu.
Oleh kerana rokok itu telah menjadi sebahagian dari aku, sebelum ke cc aku ke kedai cari rokok ngan air bungkus dulu. Ala, setakat lewat 5-6 minit Arip mesti leh tunggu.
Sampai kat magic aku tengok motor Usin Tiger ada lagi. Mamat ni memang dasat! Dasar makhluk yang tak reti nak tidur. Aku hisap sebatang rokok sementara Arip kira closing shift. Terima kasih banyak kepada En Arip Zaki kerana sudi mengajar aku. Bermulalah kerja aku sebagai seorang Cyber Guardian.
Hari pertama ni Zool ngan Usin kenakan aku baik punye. Zool ni lagi sorang, dari semalam kata nak balik Taiping tetapi sehingga ke saat aku mengarang blog nih dia masih Dota. Sungguh kronik mamat itu. Tetapi mujur ada diorang, takder la aku mengantuk sangat. Moga diorang lepak sampai petang. Dan semoga masa cepat berlalu agar aku dapat menebus waktu beradu.




Born82

4 comments:

  1. hahaha
    terbako ke kalau kene matahari sblom ni?

    ReplyDelete
  2. tak berani nak try arr bro.. eheh

    ReplyDelete
  3. doh.. mintak maggi letak telur pun tak boleh ka... hak hak hak

    ReplyDelete
  4. uhuhu... muka aku cam muka mamak rahim ker chorr?

    ReplyDelete