Sunday, February 14, 2010

Arakian 3

Hari kedua aku menjadi cyber guardian nih. Dengan sengaja aku terlewat tiba. Aku tengok motor Usin Tiger ada lagi. Perghh memang dasat. Serius aku tabik mamat nih. Semalam tak tidor terus berniaga burger, abis niaga burger kemudian sambung balik Dota. Tapi aku mengerti, setiap orang mencari escapism dengan cara masing masing. Sebenarnya pada pandangan aku Usin ni satu individu yang agak unik. Cukup disitu perihal Usin. Aku tak mahu la promote dia lebih lebih pasal ini blog aku. Bukan dia ada bayar aku pun.
Hari ni En Ali sudah kembali ke Kuala Lumpur. Dewasa ni makin susah nak jumpa En Ali. Faktor kerjaya beb ! Bagai yang di perkatakan Si Jay jay ' Setiap orang terpaksa mencari haluan masing masing, Setidaknya apabila berjumpa kembali selepas sekian lama layanlah sebaik mungkin'. Cuma aku nak tambah sikit jer ' Disamping melayan sebaik mungkin , kita kasi dia mimpi ngeri segerun mungkin'.
Kalau tiada aral melintang, En Ali akan melangsungkan perkahwinannya 27 haribulan 2 ni. Kalau tak silap aku ar. Sudah sampai seru rumahtangga dia. Apapun semoga berbahagia chor. Memang puas dapat melauk dia.



Born82

No comments:

Post a Comment