Thursday, March 4, 2010

Arakian 8

Setelah beberapa hari tanpa mengarang blog, hari ini aku kembali. Banyak juga peristiwa berlaku dalam tempoh tersebut. Aku ke Kuala Lumpur untuk berperang. Seharian aku disana. Studio boleh tahan. Complete! Memang orang Kolumpo ni kaya-kaya kut. Petangnya aku berangkat balik ke Ipoh dengan bas. Diorang berehat disana semalam lagi, cuma aku je yang tak tahan menanggung rindu untuk melauk En. Tutek ( terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi mengambil aku di stesen bas) .

Kemudiannya aku menggantikan tempat Nan untuk satu projek yang amat menggerunkan. Oleh kerana kesihatan Nan yang kurang memberahikan, dia telah mengamanahkan aku tugasan dahsyat tersebut. Disamping aku, Nan turut menghantar 2 lagi tentera berat yakni Bobo dan Usin Tiger. Mereka berdua lebih mengetahui kawasan projek berkenaan berbanding aku. Ini boleh dilihat melalui kilatan kulit mereka. Eheheh.

Kehadiran awal pagi mereka di rumah aku membuatkan mereka terpaksa menunggu. ( Sorry geng, salahkan Grand Fantasia ). Aku yang dalam keadaan mamai bersiap ala kadar dan terus membonceng kereta kebal 2 tayar milik Bobo. Tanpa berlengah kereta kebal dipacu sederas mungkin ke medan perang pertama. Restoran Yaas. Maka berlakulah pertempuran epik Bobo dan Usin bersama nasi lemak.

Setelah mereka berjaya melenyapkan nasi-nasi tersebut, pengembaraan kami yang tertunda bersambung. Tapak projek yang agak jauh di Pengkalan Peguh memberikan aku sedikit masa untuk berfikir teori-teori yang bukan-bukan. Adakah kulit aku akan bersalin kulit seperti mereka? Adakah aku boleh membuat kerja dengan efisyen? Adakah aku boleh tahan mengantuk?

Sesungguhnya tapak projek tersebut memang luas. Aku mengaku yang Usin Tiger, Bobo dan Nan memang dahsyat. Banyak yang sudah disiapkan. Tinggal kerja-kerja 'touch up' atau memperhalusi je lagi. Aku bab memperhalus ni memang lemah skit. Tangan aku tak maunyer nak lembut. Oleh itu aku pun menambahkan kerja Bobo dan Usin.

Sehingga petang barulah kerja kami tamat. Disebabkan cuaca panas, aku tidak dapat menghitung berapa gelen air kami dah teguk. 2-3 hari sebelum aku bekerja Bobo sudah meninggalkan signaturenya, ( kerusi marmar dan pasu ...) jadi rasanya aku tidak perlu meninggalkan kesan tangan aku pula.



Born82

2 comments:

  1. 1st person to komen!
    Melayan Grand Fantasia pulak ke?

    ReplyDelete
  2. ehehe thx abgjoy..
    yeps buat masa nih.. agak terikat dengan jadual gf...
    ehehe.. joy.. kamu ada gambar gamabr wedding ali?

    ReplyDelete