Thursday, March 18, 2010

Arakian 9

Masa berlalu tanpa aku sempat membaca, mengemaskini dan mengambil tahu perihal blog.
Dan setibanya hari ini , hari dimana aku mengambil alih tugas arip sebagai penjaga cyber, sedikit sebanyak memberi aku peluang mencoretkan rentetan kehidupan sekitar aku.

Pertama, ku laungkan perkhabaran tahniah untuk Zool yang selamat melangsungkan perkahwinannya. 2 kali lafaz juga dengar ceritanya. Tapi ok berbanding En. Aligiven kita.( Salah kadi juga ker Zool ). Apapun tahniah.. Insyallah esok kami akan ke Taiping.
Kedua, perihal projek mengecat kami di Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Projek kali ini disertai oleh muka-muka tembok yang biasa. Aku , Nan dan Bobo sekali lagi bekerjasama menyarung tombak-tombak bermata roller. Kali ni 5 hari tempoh peperangan kami. Berbagai pahit maung telah kami harungi.

Dan Ahad lepas aku menerima perkhabaran duka dari Ammar Dungeon yang memberitahu frontman dan mastermind Dungeon Rage sudah tiada. Diehl meninggal dunia jam 3 pagi Ahad. Menurut Ammar, Diehl diserang asma. Perghh.. sehingga saat ini aku masih sukar menerima hakikat Diehl sudah pergi. Rest in peace my fellow silverian metalhead! Hmm.. kemana halatuju Dungeon Rage pun sukar untuk diramal.
Ammar ada pesan supaya aku memberitahu Jax Arthorne dan rakan-rakan yang lain tetapi aku tidak dapat menghubungi Jax.




Born82- Mati itu Nyata

3 comments:

  1. Mok ko tak cerita lak pasal Grand Fantasy ko? Mana tau kot kot leh "ter" promote kat member-member kat sini.

    p/s : aku mungkin tak dah kot online game nih

    ReplyDelete
  2. Ehehe tak menang tangan Joy.. Customer ramai..
    Taip mana sempat.

    ReplyDelete
  3. Bro.. tak de arakian 10 dah ke?
    Ko tak check ke Nuffnang ko?
    Facebook tu skali skali masuk la.. aku ada event

    ReplyDelete