Friday, July 13, 2012

??

Lama tak menulis... hahahaha

Monday, April 25, 2011

Arakian 13

Deii.... kembali setelah berbulan menyepi. (Walaupun tiada yang peduli blog ini wujud atau tidak, aku tetap mahu menulis memandangkan rasa bosan kembali berkunjung.)
Menghilangkan diri bukan kerana kecewa dengan hidup. Menghilang diri tidak juga untuk bertapa memantapkan lagi nahu bahasa. Sebaliknya berehat seketika dari area blog semata untuk memberikan sepenuh tumpuan untuk dunia khayal aku. Dunia fantasi aku.. Dunia game..

Umur dah lanjut tetapi masih juga melekat dengan game komputer ?? Lawak ??
Hoh !! ternyata anda belum merasa penangan game lagi ...

Sebagaimana resamnya seorang Mat Jiwang yang sukar berpisah dari Minah Jiwang.
Sebagaimana resamnya seorang Kaki Bola yang sukar berpisah dari Espn atau Stadium Astro.
Sebagaimana resamnya seorang Lelaki Facebook melekat dengan Zynga Poker.
Sebagaimana resamnya seorang Minah Facebook yang tidak sudah-sudah mengupdate gambar.
Sebagaimana resamnya seorang Mat Metal yang tidak berenggang dengan Slayer.
Sebagaimana resamnya seorang Mat Dangdut yang tidak sabar menunggu malam untuk berdangdut..

Banyak lagi rumusan Mat dan Minah yang boleh diberi , tetapi jari- jemari aku sudah mulai keletihan...

Kesimpulannya, ada sahaja benda yang melalaikan kita.
Selalunya kita tidak sedar dan mula menunding jari menilai yang lain.

Deii.. sama-sama tak berfaedah ...









Born82

Thursday, October 7, 2010

Arakian 12

Entri kali ini adalah berkisar sekitar majlis makan yang diadakan oleh kami, gelandangan - gelandangan Ipoh Jaya. Bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi En Ngka ataupun En Iznan. BAGAIMANAPUN, anda sudah terlewat. Jamuan tersebut telah dilangsungkan beberapa minggu lepas. Kesian.

Lokasi yang menjadi pilihan semestinya dipinggir longkang dihadapan Magic. Menu asal yang dicadangkan yakni ayam panggang terpaksa ditukar disaat - saat akhir memandangkan pengurusan masa yang tidak seimbang. Lalu ayam goreng KFC lah yang menjadi juadah pilihan.
Aku , Nan , Arip dan Pisang menjadi lelaki yang terpilih untuk mendapatkan bekalan makanan.


Jam yang menunjukkan waktu 1 a.m adalah penanda permulaan jamuan makan yang bersenario indah kami. Ternyata perut yang berkeroncong kelaparan akan menyebabkan tahap moraliti insan menurun. Terlihat jelas kerakusan peserta- peserta jamuan. Bau harum ayam KFC berjaya membuatkan mereka terlupa bau hapak longkang dan saliran parit yang tersumbat.


Bagaimanapun majlis kali ini disertai 16 orang sahaja. Mengenangkan mereka yang tidak dapat hadir, sedikit sebanyak mengurangkan seri.. Diharap jamuan makan yang seterusnya diadakan dalam masa yang sesuai agar dapat menghimpunkan kembali anggota -anggota ahli yang sudah lama tidak ditemui.


Apabila kelaparan menguasai, kerakusan akan mengambilalih dan disitu hilanglah tahap moraliti. Lihatlah contoh di atas.
(Eh pelik gak kan. Balik -balik gambar diorang ni bertiga. Ada apa apa ke woi? )










Born82

Thursday, September 16, 2010

Lucifer Over London

Sewaktu aku membeli album Rotting Christ yang berjudul Khronos beberapa tahun dahulu, lagu Lucifer Over London inilah yang mula - mula sekali menarik pendengaran aku. Walaupun keseluruhan album tersebut agak lari dari konsep asal Rotting Christ, vokal En Sakis sewaktu meneran bait ' lucifer' memang menarik minat aku. Susunan muzik untuk lagu Lucifer Over London diterima mudah telinga tuli aku.
Seterusnya aku cuba memahami lirik durjana lagu tersebut dan sewaktu itulah aku menyedari hakikat Lucifer Over London bukanlah karya asal Rotting Christ sebaliknya ia adalah hak milik kumpulan yang sering bertukar anggota iaitu Current 93. Lucifer Over London merupakan lagu yang menjadi judul ep mereka sekitar tahun 1994.
Bagaimanapun Lucifer Over London yang didendangkan oleh Current 93 memberikan atmosfera yang berbeza. Walaupun ianya tidaklah ekstrem tetapi ia belum tentu memenuhi selera manusia normal. Current 93 memberi keseraman yang jauh berbeza. Bagi aku yang bebal ini, agak sukar untuk aku menafsirkan genre muzik mereka. Eksperimental gothic ke? folk ke? brutal dangdut ke? jazz ker?? entahlah.




COVER ALBUM CURRENT 93




COVER ALBUM ROTTING CHRIST

Lucifer Over London versi Rotting Christ dan Current93 memang mempunyai pembawaan yang tersendiri. Pada pendapat aku Rotting Christ
telah berjaya memainkan semula lagu tersebut dengan garapan dan sentuhan melodi yang baru. Lucifer Over London adalah antara cover song yang terbaik dari Rotting Christ. Aku juga bersetuju dengan pendapat En. zerthimon yang mana beliau mengatakan " Epic cover. They could have easily used different lyrics and pass it as their own song. TBH the main riff alone would easily justify that".

Apapun kalian dengarkan sendiri.




Saturday, August 21, 2010

Arakian 11

Fuhh... Ramadhan 2010 berkunjung tiba.

Projek dahsyat kami yang terbaru berjaya dilaksanakan. Aku , Usin Tiger dan Nan berjaya menyewa lot di Bazaar Ramadhan Ipoh Jaya. Rm150 gak untuk satu tapak. Nan seperti tahun-tahun yang lepas akan memperjuangkan chicken wing nya. Manakala aku dan si Usin merisikokan diri dengan mengambil keputusan memperdagangkan chicken chop yang amat sedap dengan harga yang amat murah. Ramai antara hero hero telah berkunjung. Zool suami dan isteri, Joy sekeluarga, Lan Penyu sekeluarga, Joe dan ramai lagi. Buat yang terlupa jangan gamjat, anda amatkah dihargai.





BERIKUT ADALAH KOMEN PARA PELANGGAN


-PAKCIK EMAN ( PALING KIRI BERBAJU MERAH )
Ternyata chicken chop yang menjadi sebutan ramai ini amatlah enaknya. Bukan sekadar sehingga menjilat jari, Pakcik sudah termakan jari-jari Pakcik sekali

-ABANG DANIEL ( YANG KACAK DITENGAH )
Burrrbbb.. Alhamdullilah.

-WAK APIT ( BERTOPI DAN BERPEACE PEACE DI KANAN)
Dahsyat la chicken chop diorang. Boleh di makan sambil berjalan.







BORN82

Friday, July 30, 2010

Badminton??



First of all we must understand that the picture above is not badminton. It is actually a shuttlecock which was used as a projectile in the sport of badminton. " Oh I get it, badminton is a sport rite? " Yes !! badminton is a sport !! " I understand now but eh, don't tell me a fat guy like you can play badminton ? " " CILAKAK you ".

Since couple of month ago, our beloved Genggon members have started a new adventures in the land of sports. Slowly it become more addictive than we thought. But hell, sports is good for our health right?

Well, Im not here to bored everyone to death with the history of badminton. The reason for this post are to spread the news about our latest activities to all genggonians with hope they will join us in the future badminton war. To the none genggon , you are welcome to. Dont worry, it doesnt cost that much. If you stay around the Ipoh area, simply call us to join.

I hereby, strongly recommended badminton to be a must activites held at least once a week.
By the way, I beat Nan in the recent badminton match. He is amazingly carok eight.










Born 82


Wednesday, July 21, 2010

Reminiscence Part 3
















A Manjoinian genggonic. With Meor 'Viewtifull Joe' Suhaimi . He may look tough but deep inside he is fragile.. HahAh