Monday, May 31, 2010

Until The Light Takes Us

Sehingga kita di ambil cahaya?
Perghh tajuknya sahaja sudah membuatkan aku teruja. Until the light takes us (utltu) merupakan sebuah dokumentari mengenai senario awal perkembangan muzik logam hitam di Norway. Dokumentari yang mencetuskan kontroversi ini diarahkan oleh Aaron Aites dan Audry Ewell. Mungkin agak lewat untuk aku memberi komen berkenaan video ini memandangkan ianya diriliskan pada tahun 2008.

Until The Light Takes Us turut menyelitkan temubual ekslusif bersama Fenriz dari Dark Throne dan Varg Vikernes dari Burzum. Sesi temubual Varg Vikernes dijalankan dari masa Varg masih meringkuk di dalam penjara sehinggalah ke tarikh dia dibebaskan. Kebanyakkan temubual dengan Varg ini lebih menjurus kearah punca Varg membunuh Euronymous dari band Mayhem dan tragedi - tragedi pembakaran gereja di Norway. Banyak juga fakta- fakta menarik yang terdapat didalam video ini.


Amaran
Video dokumentari ini tidak sesuai untuk semua golongan. Diharap pembaca dapat menilai.





Born82

Thursday, March 18, 2010

In Memory - Diehl

Diehl. A husband, a friend, a proud member of Dungeon Rage, a mentor and a human. As a human being we are mortal and our time here is limited. And when the time come, there is nothing we can do rather than succumb to the call.
My beloved friend. You have started your journey in the afterlife. I hope that you will finally seek your peace. Rest well.
I wont forget the last day we meet. The Maju Rapat infamous Capati. It was your treat. Never came to my mind it was our last meal together. And there, we spend hours discussing about the Iron Maiden - The Educated Fool. Darn , I'm going to miss you.


I'm an educated fool
So I don't know what it is I'm supposed to do
About this awkward situation
That's been forced down right upon me

As I'm walking down into
on my own into the valley of life
Got a lifetime of experience
I've got so much to give

Open the page at chapter one
could this just be that life's just begun
Forever within your darker thoughts
Reflecting on everything you've been taught

Never felt this way before
Seems that somebody's just opened the door
To the book of life .... or is it death!
Is there's ever anyway out?

Someone's looking down on me
to the very inner core of my soul
They won't tell me what they see
But I really want to know

I want to live my life on my own
I want to lift the unturned stone
I want to walk right into the fire
I want to live out all my desires
I want to go and see the fire burn
I want to see and feel my world turn
I want to know what more there's to learn
I want to pass the point of no return

The Educated Fool - Iron Maiden

Arakian 9

Masa berlalu tanpa aku sempat membaca, mengemaskini dan mengambil tahu perihal blog.
Dan setibanya hari ini , hari dimana aku mengambil alih tugas arip sebagai penjaga cyber, sedikit sebanyak memberi aku peluang mencoretkan rentetan kehidupan sekitar aku.

Pertama, ku laungkan perkhabaran tahniah untuk Zool yang selamat melangsungkan perkahwinannya. 2 kali lafaz juga dengar ceritanya. Tapi ok berbanding En. Aligiven kita.( Salah kadi juga ker Zool ). Apapun tahniah.. Insyallah esok kami akan ke Taiping.
Kedua, perihal projek mengecat kami di Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Projek kali ini disertai oleh muka-muka tembok yang biasa. Aku , Nan dan Bobo sekali lagi bekerjasama menyarung tombak-tombak bermata roller. Kali ni 5 hari tempoh peperangan kami. Berbagai pahit maung telah kami harungi.

Dan Ahad lepas aku menerima perkhabaran duka dari Ammar Dungeon yang memberitahu frontman dan mastermind Dungeon Rage sudah tiada. Diehl meninggal dunia jam 3 pagi Ahad. Menurut Ammar, Diehl diserang asma. Perghh.. sehingga saat ini aku masih sukar menerima hakikat Diehl sudah pergi. Rest in peace my fellow silverian metalhead! Hmm.. kemana halatuju Dungeon Rage pun sukar untuk diramal.
Ammar ada pesan supaya aku memberitahu Jax Arthorne dan rakan-rakan yang lain tetapi aku tidak dapat menghubungi Jax.




Born82- Mati itu Nyata

Thursday, March 4, 2010

Arakian 8

Setelah beberapa hari tanpa mengarang blog, hari ini aku kembali. Banyak juga peristiwa berlaku dalam tempoh tersebut. Aku ke Kuala Lumpur untuk berperang. Seharian aku disana. Studio boleh tahan. Complete! Memang orang Kolumpo ni kaya-kaya kut. Petangnya aku berangkat balik ke Ipoh dengan bas. Diorang berehat disana semalam lagi, cuma aku je yang tak tahan menanggung rindu untuk melauk En. Tutek ( terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi mengambil aku di stesen bas) .

Kemudiannya aku menggantikan tempat Nan untuk satu projek yang amat menggerunkan. Oleh kerana kesihatan Nan yang kurang memberahikan, dia telah mengamanahkan aku tugasan dahsyat tersebut. Disamping aku, Nan turut menghantar 2 lagi tentera berat yakni Bobo dan Usin Tiger. Mereka berdua lebih mengetahui kawasan projek berkenaan berbanding aku. Ini boleh dilihat melalui kilatan kulit mereka. Eheheh.

Kehadiran awal pagi mereka di rumah aku membuatkan mereka terpaksa menunggu. ( Sorry geng, salahkan Grand Fantasia ). Aku yang dalam keadaan mamai bersiap ala kadar dan terus membonceng kereta kebal 2 tayar milik Bobo. Tanpa berlengah kereta kebal dipacu sederas mungkin ke medan perang pertama. Restoran Yaas. Maka berlakulah pertempuran epik Bobo dan Usin bersama nasi lemak.

Setelah mereka berjaya melenyapkan nasi-nasi tersebut, pengembaraan kami yang tertunda bersambung. Tapak projek yang agak jauh di Pengkalan Peguh memberikan aku sedikit masa untuk berfikir teori-teori yang bukan-bukan. Adakah kulit aku akan bersalin kulit seperti mereka? Adakah aku boleh membuat kerja dengan efisyen? Adakah aku boleh tahan mengantuk?

Sesungguhnya tapak projek tersebut memang luas. Aku mengaku yang Usin Tiger, Bobo dan Nan memang dahsyat. Banyak yang sudah disiapkan. Tinggal kerja-kerja 'touch up' atau memperhalusi je lagi. Aku bab memperhalus ni memang lemah skit. Tangan aku tak maunyer nak lembut. Oleh itu aku pun menambahkan kerja Bobo dan Usin.

Sehingga petang barulah kerja kami tamat. Disebabkan cuaca panas, aku tidak dapat menghitung berapa gelen air kami dah teguk. 2-3 hari sebelum aku bekerja Bobo sudah meninggalkan signaturenya, ( kerusi marmar dan pasu ...) jadi rasanya aku tidak perlu meninggalkan kesan tangan aku pula.



Born82

Saturday, February 20, 2010

Arakian 7

Awal pagi aku dikejutkan dengan deringan handphone. Menyumpah seranah juga aku disebabkan tidur yang terganggu. Terasa rugi pagi Sabtuku. Meski demikian, deringan tercela itu tetap di jawab sehabis ramah oleh ku. Rupanya Aen Ldk ( Living Dead Kiss) yang menelefon bertanya khabar. Lama juga aku tak berjumpa mamat ni. Living Dead Kiss sendiri pun sudah menjadi antara nama besar di arena metalcore. Pernah dulu Fariq Ldk meminta aku mengambil alih posis vokal Ldk menggantikan tempat Amy yang terjun ke posisi drum, tetapi aku menolak. Entahlah, hati aku masih tetap dengan genre metal.
Selepas seketika, Aen mengakhiri perbualan dengan janji untuk minum bersama pada malam esoknya. Setelah ditinggalkan berseorangan, aku mengambil keputusan untuk menceriakan hari pagi didunia realiti ku dengan sebatang rokok.
Sambil merokok pandanganku terfokus kearah teman tidurku. Suatu pemandangan yang menerbitkan panorama keindahan. Ianya membuatkan aku hilang pertimbangan. Aku mencucuh rokok kedalam bekas abu yang sudah separuh penuh. Memastikan rokok sudah dipadam sepenuhnya. Dengan senyuman yang meleret aku membaringkan kepala diatas teman tidurku. Ternyata memang bantal ini menenangkan mataku. Pandanganku semkain gelap sehingga akhirnya aku kembali tak sedar apa.Aku memerlukan rehat yang secukupnya sebagai persiapan untuk peperangan malam ini. Tanpa rehat yang mencukupi, kemungkinan besar aku akan kecundangan. Aku harus pastikan itu tidak berlaku. Rehatku harus cukup. ZzZzzz




Born82

Arakian 6

Petang semalam selepas solat Jumaat, aku dengan Zool singgah di Rahim untuk menghilangkan haus tekak. Hari yang terik seminggu dua ni membuatkan aku semakin tak sabar untuk menghirup air sirap yang telah diorder. Sambil meneguk, sambil berbicara, sambil menghembuskan asap. Memang membuahkan kenikmatan.Sebenarnya Zool telah terlewat untuk kembali bertugas tapi dia buat 'derk' je. Malahan makin rancak dia berbicara sehinggalah orang ofis dia telefon, khuatirkan si Zool tertidur. En Zool kita pun mula arr mengarang skrip. Lokasi pilihan semestinya kedai motor. Motor rosak pula menjadi senario persembahan. Tak pasti aku teman ofis Zool percaya atau tidak. Mungkin dia percaya, mungkin dia tahu Zool tengah 'auta'.Apapun dalam kesempatan yang terhad itu, Zool sempat memberitahu yang dia akan melangsungkan perkahwinannya pada 20/03/10. Aku mewakili kawan-kawan mengucapkan tahniah kepada En Zool. Kami tumpang gembira. Tapi mungkin aku ada terasa sedikit sedih memandangkan makin sukar untuk bertemu Zool selepas ini.Semoga nama Zolraya tidak tenggelam selamanya.Sebelah malamnya pula, sewaktu aku sedang melauk Tutek sepuas puasnya, aku menerima panggilan dari Ali. Dia sudah selamat bernikah. 3 kali lafaz. Takder la dahsyat sangat, Odoy pun sekali lafaz jer. Tapi menurut Ali, tok kadi tu yang salah. Dengar cerita Ali tu, aku mampu senyum jer la. Kesian tok kadi tu. Tak pasal pasal jer. Apapun tahniah aku ucapkan kepada Ali dan Rose. Tak sabar nak tunggu majlis di Ipoh. Ehehe. Aku dan Ali ni sudah lama berkawan. Dari zaman Mobil ke zaman burger, dari zaman lari daripada rumah ke zaman menyorok dalam tandasTop Power. Berbagai peristiwa telah kami hadapi bersama. Bermacam macam telah kami kongsi. Tetapi kali ini aku tidak dapat turut bersama Ali. ( Yerla, kalau aku mintak kongsi kang, mau kena tumbuk aku ). Aku doakan yang terbaik geng. Siapa sangka low life macam kita pun boleh berumahtangga. Err kamu la, aku belum lagi. Aku masih tak puas melauk Nan ngan Tutek nih. Rasakan.



Born82

Tuesday, February 16, 2010

Arakian 5

Hari ke4 dan terakhir menjadi penjaga. Sesungguhnya aku dah bosan. Terlintas difikiran sempitku, perihal diri aku ni. Aku terasa aku ada isu dengan komitmen. Bukan komitmen dengan wanita atau keluarga tetapi lebih kepada komitmen terhadap kerjaya. Aku agak sukar untuk melekat dengan rutin-rutin harian yang 'punctual' ni. Ke perasaan aku jer, ke silkhannas dah memainkan peranan.. Lantak !!
Waktu aku sampai Magic tadi, aku tengok motor Lan Penyu tersergam indah di tempat yang sama diletaknya semalam. Terfikir gak aku, mamat ni lepak dari petang semalam ker? Memang layak betul jadi skuad pelapis Usin Tiger ( sorry Usin, memain jer ). Sangkaan aku jauh meleset bilamana Arip beritahu aku Lan tiada dalam cyber. Ha sudah.. lagi terrer mamat Lan nih. Tapi mungkin dia ada hal. Sebab nak kata dia balik rumah terlupa bawak motor rasanya tak logik la pula. Dia keluar dengan kawan dia la tu.
Nan ngan Usin sudah pergi berkhidmat. Kali ni mereka disertai Bobo. Terkejut aku En. Bobo boleh bangun seawal ini. Mungkin esok salji turun kat Ipoh kut. Yay.. yay..
Cybercafe sudah mula dipenuhi warga kanak kanak. Muka yang sama , pe'el yang sama, wang kertas jer yang berubah. Jemu pun ada menatap wajah diorang.
Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, sebelum aku terpaksa mendengar bunyi yang membunuh seperti roro~rororo~ bad~romance , baik aku keluar sedut rokok. Mudah-mudahan dengan tenaga itu aku dapat bertahan.



Born82